Tuesday, September 25, 2012

Domestic Engineer

Bismillah. Assalamualaikum wrh wbt.

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : "Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam" Hadith riwayat Attabrani


"Awak nak besar nanti nak jadi apa?"

Teringat kecil-kecil dahulu, orang ramai suka aja tanya tentang cita-cita kita.

Ada yang jawab doktor, guru, pensyarah, polis, businessman, saintis dan sebagainya. Tapi yang paling jarangnya, bila anak-anak perempuan kita kata, "Saya nak jadi suri rumah macam mak! Dia wanita paling hebat yang pernah saya jumpa!".

Wah, itu dia. Jangan pandang rendah. Yang ini memang cukup matang.

Saya ada beberapa rakan yang belajar di Madinah, Australia, Canada dan US yang bercita-cita untuk menjadi seorang suri rumah. Malah saya juga menetapkan cita-cita itu sejak berumur 14 tahun.

Ya, suri rumah ialah suatu pekerjaan yang paling suci dan tak pernah ada cuti. Telah ramai graduan wanita yang berjaya ambil Ijazah, Sarjana malah phD sehingga ke luar negara, tetapi memilih untuk menjadi seorang suri rumah biasa!

Pernah dengar?

Bertuah sungguh mereka ini. Memiliki ilmu yang tinggi dan mendapat pahala yang amat besar kerana meluangkan masanya setiap hari untuk terus belajar dan mendidik anak-anak di rumah.

Kenapa tak bekerja? Ops.

Jangan salah sangka. Ramai di antara 'domestic engineer' ini telah berusaha menjadi jutawan dari rumah. Mereka memulakan bisnes online dan sangat kreatif dalam penggunaan Internet. Alhamdulillah, dengan itu mereka dapat berjimat masa dan tenaga di samping membantu suami dalam mencari rezeki.

Saya masih sangat mentah dalam Shaklee. Program pertama yang saya ikut ialah Master Shaklee Celebration Event pada 2 September lalu di Hotel Impiana KLCC. Kata sifu saya, nak sambut dua orang master baru iaitu Master Shareeza dan Master Iffah & Firdaus. 


Fuh. Apa respon saya? TERUJA! Dari waktu makan-makan lagi, saya teruja lihat hadirin yang datang mesti bawa stroller baby. Tak pun anak-anak yang berderet. Ada keluarga yang muda-muda .. baru anak seorang dua tapi gaji, masya-Allah! Jutawan!

Dan saya dapatlah mengenali sejarah dua orang master kita ni. Sejarah bagaimana mereka boleh cecah RM600K gaji dalam masa 2 tahun. Sungguh tiada yang mustahil. Mereka yang pernah bekerja sebagai jurutera di Petronas sekarang nak berhenti dan bekerja sebagai full-time housewife and Shaklee distributor.

Alhamdulillah. Yang penting, halal dan penuh barakah.


Shaklee is about HEALTH & LIFESTYLE.

Selain untuk kesihatan, kita juga boleh ubah gaya hidup kita dengan bekerja secara BEBAS tanpa terikat dengan masa dan tenaga! Anda suka kerja makan gaji? 

Ramai rakan saya stress bekerja sehingga mengalami darah tinggi, kemurungan dan sebagainya. Tidur kurang, makan kurang, bersenam tidak, banyak duduk menghadap komputer .. dan akhirnya kesihatan mereka terjejas. Sedangkan gaji masih statik, cukai dan kos sara hidup makin meningkat. Usia masih muda tapi nampak macam dah tua.

So, saya BENCI kerja makan gaji sebenarnya. Saya sukakan kebebasan. Saya mahu jadi BOSS kepada diri saya!

Hm, anda puas dengan gaji yang anda dapat sekarang? Hm.. Tentulah tidak!

Tapi sedar atau tidak, terlalu ramai orang Melayu suka berasa selesa. Cukup dengan gaji yang ada, tak mahu buat part-time business. Kajian mendapati purata 70% orang Melayu bergaji kurang dari RM1.5K, manakala hanya 5% sahaja yang berpendapatan lebih RM15K. Heh. Anda sudah berasa selesa? Bagi saya, tidak.

Jika saya jutawan Shaklee sekalipun, saya tak mahu berhenti sehingga di situ. Saya ada visi dan misi saya. Saya tidak mahu berada dalam comfort zone. Saya ingin terus BELAJAR berniaga tanpa henti!

"Em, assalamuaikum, dik. Maaf ganggu. Pakcik nak tanya sekejap, adik berminat tak nak kerja part time dengan gaji yang boleh mencecah lebih RM5K dalam masa sebulan?"

Apa reaksi anda?

Yeah, saya pernah jumpa suami isteri yang mengambil keputusan berhenti kerja makan gaji dan baru nak mula buat full-time MLM. Direct selling. Yang orang KATA mungkin cepat kaya tapi cepat juga jadi miskin melarat. Aduyai, cakap senang. Jika ada orang boleh BUKTIKAN yang mereka sudah berpuluh tahun dalam bisnes MLM sehingga boleh diwarisi oleh anak-anak dan cucu-cucu, bagaimana?

Kita hanya perlukan keberanian.

Tiada yang mustahil.

Yakin dan percaya. Berusaha, berdoa dan bertawakkal.

Jika anda wanita, dan terfikir ingin berkalobrasi dengan saya dalam merealisasikan impian ana menjadi suri rumah jutawan..

Jom berkenalan dengan saya, fathirah_solehah@yahoo.com

Saya mahu kongsikannya! ^_^

Talk by my sifu hehe. Master Dato' Hj Roslan Ghazali.

Yang benar, 
Saya yang bukan hamba Shaklee. Saya hamba Ilahi. 
Saya percaya, dia yang Maha Pemberi Rezeki.

Monday, September 24, 2012

Testimoni 1

Ehemm. Assalam. Ini dia testimoni saya yang pertama. Dari saya sendiri ^_^

Saya tak sedar mesej yang saya hantar kepada rakan saya ni boleh jadi testimoni. Hehe.

Kredit untuk Kak Nabilah Fikriah.

Em. Ya, sekarang kandungan saya sudah masuk ke minggu 36. Boleh siap-siap nak bersalin dah.

Baju baby sudah dikemas. Comeyh belako.

~

Saya mula ambil produk Shaklee secara serius bermula 1 Ramadhan lalu. (Heh, dahulu kala masa zaman sekolah menengah pernah lah telan beberapa vitamin tapi sudah lupa apa yang dimakan.)

Seperti dalam testimoni... Saya ambil set Family Wellness Set

1)


Itulah set asas yang sangat berkhasiat dan tak terlarat nak cerita di sini.

2) Oh ya, kebetulan masa tu Ramadhan, saya pun beli Performance sekali. Untuk tenaga dan elak dehidrasi. Saya share dengan hubby. Boleh pula pagi-pagi sebelum ke kelas, kami pergi mendaki Cemerlang Height. Memang best! Orang cina yang turut mendaki asyik pandang kami sebab bersenam di bulan Ramadhan. Heh. No problem!

3) Tidak lama kemudian alkisahnya, satu hari, saya mengadu sakit belakang. Maklumlah badan dah berat, baby yang dikandung pun makin berat. Maka, keesokan harinya, suami saya terus singgah ke pejabat Shaklee Wangsa Maju dengan menaiki motor Kawasaki-nya otw back from office. Dia balik ke rumah dengan senyuman dan hadiah OSTEMATRIX. Huhu, sayang dia. Memang tak suruh pun dah belikan. 

Yeah, jika anda wanita, jangan abaikan calcium! Ia sangat penting untuk wanita yang bakal mengandung, sedang mengandung dan sudah bersalin. Lagi-lagi ibu mengandung, perlu prepare untuk menghadapi sakit belakang yang teramat dahsyat tahap 9999 sepanjang kontraksi dan ketika meneran nanti.

4) Lepas raya.. Timbul pula masalah sembab kaki... Mungkin pemakanan saya. Atau mungkin common problem yang ditanggung 'mak buyung'. 

Maka, sifu saya ajak saya beli ALFAFA. Perh, ada orang kata, Alfafa bahaya untuk ibu mengandung. Yeke? Oh tidak.. Sebenarnya Alfafa sangat membantu melegakan sakit-sakit otot, kaki bengkak dan sembab serta mengurangkan kadar lendir yang keluar dengan banyak di saat-saat akhir mengandung. Dah tugas alfafa ni sebagai detoksifikasi. Saya makan bila perlu. Again, no problemo.

Kebetulan tok mek saya tinggal dengan saya. Dia asyik merungut fasal eczema. Setelah google, saya pun terbacalah testimoni orang yang Alfafa ni boleh mengurangkan dan merawat 100% eczema. Hah, apa lagi! Saya kongsikan pil Alfafa tu dengan tok mek saya. Saya suruh dia makan 5 biji pagi, 5 biji malam.

Hm, rasanya itu saja. 

Ehh.. Set ibu mengandung yang sebenarnya ialah.. tadaa!

Saya belum cuba Omega sebab nak habiskan Neurogain dulu. 

Zinc saya baru cuba sikit-sikit. Suami saya dapat angpau masa jamuan raya Shaklee Wangsa Maju.

Vita E belum pernah beli. Tapi raasanya, itu bagus untuk wanita mengandung awal trimester. Saya dah lepas insya Allah.

Okeh! Tak mo kaco kalian main facebook. Selamat!

Wassalam.




Vitamin Terbaik Di Mana-mana

Bismillah. Assalamualaikum wrh wbt!

Sihat semua?

Okeh semoga semua pembaca dalam keadaan sihat dan hebat!

Hehe. Jangan lupa sebut alhamdulillah! Dah baca doa bangun tidur?? JOM kita baca sama.


Bagus, alhamdulillah. 

Huhu. Pernah bayang tak kalau doktor kata "Encik/Puan, awak hanya ada 5 hari sahaja untuk hidup"?

Erk.. Mesti hari-hari kita rasa bersyukur bila dapat bangun tidur kan? Kalau hari keenam tu kita dapat bangun tidur, ya Allah,.. mesti kita sangat bersyukur dan menghargai setiap detik yang berlalu.

Begini. 

Soal kesihatan sangatlah penting. Bukan main-main.

Kalau orang angkat telefon nak tanya khabar kita... Ada dia tanya,

"Man, kau ada duit?"

Tak.

Paling tidak pun mestilah, "Man, apa khabar? Kau sihat? Kau ada duit?"

Hah, begitulah. Nikmat kesihatan itu lebih penting dari nikmat-nikmat yang lain.

Jika sihat, macam-macam boleh buat. Nak beribadah, nak berdakwah, nak mengembara, nak cari duit sampai kaya raya...? Kan kan??

Ada orang bila sakit baru terasa 'ummph'nya kesihatan tu. Jadi, kita perlu beringat. Nak sihat, kena selalu maintain jaga kesihatan.

Macam mana?

Tadaa~

Amalkan cara hidup sihat. Macam mana tu? Senyum kambing dan ambil gambar macam kartun tu? Heh.

Mesti kita terfikir. Kalau nak betul-betul sihat... Kita kenalah bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari.. Dan dan..mesti makan sayur! Mesti makan sekilo buah..

Haih, tak larat!

Zaman sekarang ni kita banyak kejar masa. Bangun pagi berkejaran nak ke kelas, ke ofis.

Nak pi beli dan potong buah dah satu hal, malas. Buah kita tu pula pekebunnya tak sabar nak besarkan, gebukan, lilinkan. Daaah kena spray racun. 

Ayam yang kita makan kena inject sana sini.

Nak vitamin C kena makan oren 20 biji? Nak vitamin B-Complex kena makan 200 biji telur sehari?

Come on! Itulah 'modern problem'nya!


KITA tiada MASA untuk makan makanan sihat! Untuk beli banyak-banyak buah dan sayur organik. Untuk belanja hari-hari makan makanan yang benar-benar berkhasiat. 


Jadi, macam mana nak peroleh zat zat dari pemakanan yang sihat?

Maka dengan itu, tumbuhlah cendawan-cendawan 'supplement' di dunia ini bagi mencari 'modern solution' kepada masalah-masalah ini..

Hehe. Banyaaaaaaaak. Bukan satu je brand makanan tambahan ni. (Apa? Kau ingat ada Shaklee je?)

Macam baju, macam biskut. Bisnes maju, yang lain ikut. 
(Pssst.. Shaklee juga syarikat MLM pertama di dunia)


Begitulah.

So apekehe la link belog ini tulis perkataan Shaklee? Vitamin terbaik DI DUNIA??

Begini ceritanya. Anda suka makan ubat hospital tak? Adakalanya rasa nak 'lempang' je doktor bila asyik supply ubat yang menyebabkan kita makin sakit. Sudahlah ada pewarna dan side effect. Heh, sabar. Itu tugas doktor. Ada ubat yang benar-benar menyembuhkan, ada juga ubat yang hanya berkesan untuk jangka pendek tapi sebenarnya lebih memudaratkan di jangka masa panjang. Ada juga hanya untuk tahan sakit. Ya, memang ada yang boleh memudaratkan.

Sebab itu kita ada hak untuk memilih ubat-ubatan dari luar.

Bila kita sakit, kita perlu berikhtiar. Bila tak sakit pun, kita perlu cuba mencari jalan untuk memaintainkan kesihatan diri kita.

Tapi berhati-hati.

Ada kajian ke atas 3 jenis orang, seorang makan supplement macam-macam, sorang makan satu jenis supplement dan sorang tak makan apa-apa.

Kajian pernah mendapati orang yang makan supplement macam-macam lebih teruk tahap kesihatannya berbanding dengan orang yang tak makan apa-apa supplement.

Justeru, perlu kita membuat pilihan yang bijak. Jangan main geledah dan terkam.

Ok. Terus kepada topik.

Benarkah SHAKLEE merupakan vitamin terbaik di DUNIA?

Heh, kenal dulu baru tahu.

Sudah lebih 5 dekad Shaklee menerajui barangan dan produk kesihatan secara semulajadi yang terulung di dunia. (Haih, tipulah kalau anda tak pernah dengar Shaklee sebelum abad ke-21. Shaklee sudah lama. Arwah abah saya juga pernah jadi distributor sebelum berkahwin dengan umi. Orang tua kita sangat suka Shaklee dan tahu tentang keberkesanannya! Cetanya-tanya pakcik makcik kita, pernah dengar fasal Shaklee tak??)

Ok. Ada 3 benda yang anda perlu tahu tentang Shaklee. Iaitu apa perbezaan Shaklee dengan produk-produk lain?



Bagaimana ia dikatakan SELAMAT?

Hm, bagaimana pula dengan BERKESAN?



Pada masa ni, dah 100 jurnal penyelidikan saintifik diterbitkan oleh Shaklee. Pencapaian kelas dunia dari pengguna Shaklee macam pendakian pertama Amerika ke Gunung Everest oleh Mt. Everest tanpa oksigen tambahan pada 1983, penerbangan tanpa henti ke seluruh dunia oleh Voyager pada 1986, Shaklee juga menyediakan NASA dengan minuman rehidrasi khas untuk angkasawan ulang alik pada 1993+ dan banyak lagi!



MESRA ALAM?

Tu dia... Apa yang saya SUKA???


TAK ADA bahan-bahan yang diharamkanpewarnalemak trans dan pemanis tiruan atau perisa.
Pembungkusan/BOTOL adalah selamat dan bebas daripada biophenol toksin-phthalates dan dakwat toksik.

Sah, saya boleh jadi pengguna produk Shaklee tanpa was-was, sihat dan selamat insya Allah.

Ohoh, kawan saya BENCI supplement. Sorry to say, me too masa kecik-kecik dulu tak suka makan ubat. Tapi bila dah besar dan banyak baca tentang kesihatan, saya rasa tanggungjawab saya untuk mula makan vitamin, terutama untuk kesihatan saya, keluarga dan anak dalam kandungan (pergh, mengandung tak ghoyak! Hehe).

Saya YAKIN pilihan ini yang terbaik. Sebab saya percaya ........ SHAKLEE bukan setakat #1 di US, tapi juga merupakan VITAMIN TERBAIK DI MANA-MANA! Biiznillah.

Nanti saya cerita macam mana saya boleh tersesat dalam produk ni.

Apapun, setelah kamu berazam, bertawakkallah pada ALLAH!

Makan ubat, jangan lupa baca doa! ^^,)v

Wassalam.