Bismillah. Assalamualaikum wrh wbt.
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : "Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam" Hadith riwayat Attabrani
Teringat kecil-kecil dahulu, orang ramai suka aja tanya tentang cita-cita kita.
Ada yang jawab doktor, guru, pensyarah, polis, businessman, saintis dan sebagainya. Tapi yang paling jarangnya, bila anak-anak perempuan kita kata, "Saya nak jadi suri rumah macam mak! Dia wanita paling hebat yang pernah saya jumpa!".
Wah, itu dia. Jangan pandang rendah. Yang ini memang cukup matang.
Saya ada beberapa rakan yang belajar di Madinah, Australia, Canada dan US yang bercita-cita untuk menjadi seorang suri rumah. Malah saya juga menetapkan cita-cita itu sejak berumur 14 tahun.
Ya, suri rumah ialah suatu pekerjaan yang paling suci dan tak pernah ada cuti. Telah ramai graduan wanita yang berjaya ambil Ijazah, Sarjana malah phD sehingga ke luar negara, tetapi memilih untuk menjadi seorang suri rumah biasa!
Pernah dengar?
Bertuah sungguh mereka ini. Memiliki ilmu yang tinggi dan mendapat pahala yang amat besar kerana meluangkan masanya setiap hari untuk terus belajar dan mendidik anak-anak di rumah.
Kenapa tak bekerja? Ops.
Jangan salah sangka. Ramai di antara 'domestic engineer' ini telah berusaha menjadi jutawan dari rumah. Mereka memulakan bisnes online dan sangat kreatif dalam penggunaan Internet. Alhamdulillah, dengan itu mereka dapat berjimat masa dan tenaga di samping membantu suami dalam mencari rezeki.
Saya masih sangat mentah dalam Shaklee. Program pertama yang saya ikut ialah Master Shaklee Celebration Event pada 2 September lalu di Hotel Impiana KLCC. Kata sifu saya, nak sambut dua orang master baru iaitu Master Shareeza dan Master Iffah & Firdaus.
Fuh. Apa respon saya? TERUJA! Dari waktu makan-makan lagi, saya teruja lihat hadirin yang datang mesti bawa stroller baby. Tak pun anak-anak yang berderet. Ada keluarga yang muda-muda .. baru anak seorang dua tapi gaji, masya-Allah! Jutawan!
Dan saya dapatlah mengenali sejarah dua orang master kita ni. Sejarah bagaimana mereka boleh cecah RM600K gaji dalam masa 2 tahun. Sungguh tiada yang mustahil. Mereka yang pernah bekerja sebagai jurutera di Petronas sekarang nak berhenti dan bekerja sebagai full-time housewife and Shaklee distributor.
Alhamdulillah. Yang penting, halal dan penuh barakah.
Shaklee is about HEALTH & LIFESTYLE.
Selain untuk kesihatan, kita juga boleh ubah gaya hidup kita dengan bekerja secara BEBAS tanpa terikat dengan masa dan tenaga! Anda suka kerja makan gaji?
Ramai rakan saya stress bekerja sehingga mengalami darah tinggi, kemurungan dan sebagainya. Tidur kurang, makan kurang, bersenam tidak, banyak duduk menghadap komputer .. dan akhirnya kesihatan mereka terjejas. Sedangkan gaji masih statik, cukai dan kos sara hidup makin meningkat. Usia masih muda tapi nampak macam dah tua.
So, saya BENCI kerja makan gaji sebenarnya. Saya sukakan kebebasan. Saya mahu jadi BOSS kepada diri saya!
Hm, anda puas dengan gaji yang anda dapat sekarang? Hm.. Tentulah tidak!
Tapi sedar atau tidak, terlalu ramai orang Melayu suka berasa selesa. Cukup dengan gaji yang ada, tak mahu buat part-time business. Kajian mendapati purata 70% orang Melayu bergaji kurang dari RM1.5K, manakala hanya 5% sahaja yang berpendapatan lebih RM15K. Heh. Anda sudah berasa selesa? Bagi saya, tidak.
Jika saya jutawan Shaklee sekalipun, saya tak mahu berhenti sehingga di situ. Saya ada visi dan misi saya. Saya tidak mahu berada dalam comfort zone. Saya ingin terus BELAJAR berniaga tanpa henti!
"Em, assalamuaikum, dik. Maaf ganggu. Pakcik nak tanya sekejap, adik berminat tak nak kerja part time dengan gaji yang boleh mencecah lebih RM5K dalam masa sebulan?"
Apa reaksi anda?
Yeah, saya pernah jumpa suami isteri yang mengambil keputusan berhenti kerja makan gaji dan baru nak mula buat full-time MLM. Direct selling. Yang orang KATA mungkin cepat kaya tapi cepat juga jadi miskin melarat. Aduyai, cakap senang. Jika ada orang boleh BUKTIKAN yang mereka sudah berpuluh tahun dalam bisnes MLM sehingga boleh diwarisi oleh anak-anak dan cucu-cucu, bagaimana?
Kita hanya perlukan keberanian.
Tiada yang mustahil.
Yakin dan percaya. Berusaha, berdoa dan bertawakkal.
Jika anda wanita, dan terfikir ingin berkalobrasi dengan saya dalam merealisasikan impian ana menjadi suri rumah jutawan..
Jom berkenalan dengan saya, fathirah_solehah@yahoo.com
Saya mahu kongsikannya! ^_^
Talk by my sifu hehe. Master Dato' Hj Roslan Ghazali.
Yang benar,
Saya yang bukan hamba Shaklee. Saya hamba Ilahi.
Saya percaya, dia yang Maha Pemberi Rezeki.


No comments:
Post a Comment