Monday, September 24, 2012

Vitamin Terbaik Di Mana-mana

Bismillah. Assalamualaikum wrh wbt!

Sihat semua?

Okeh semoga semua pembaca dalam keadaan sihat dan hebat!

Hehe. Jangan lupa sebut alhamdulillah! Dah baca doa bangun tidur?? JOM kita baca sama.


Bagus, alhamdulillah. 

Huhu. Pernah bayang tak kalau doktor kata "Encik/Puan, awak hanya ada 5 hari sahaja untuk hidup"?

Erk.. Mesti hari-hari kita rasa bersyukur bila dapat bangun tidur kan? Kalau hari keenam tu kita dapat bangun tidur, ya Allah,.. mesti kita sangat bersyukur dan menghargai setiap detik yang berlalu.

Begini. 

Soal kesihatan sangatlah penting. Bukan main-main.

Kalau orang angkat telefon nak tanya khabar kita... Ada dia tanya,

"Man, kau ada duit?"

Tak.

Paling tidak pun mestilah, "Man, apa khabar? Kau sihat? Kau ada duit?"

Hah, begitulah. Nikmat kesihatan itu lebih penting dari nikmat-nikmat yang lain.

Jika sihat, macam-macam boleh buat. Nak beribadah, nak berdakwah, nak mengembara, nak cari duit sampai kaya raya...? Kan kan??

Ada orang bila sakit baru terasa 'ummph'nya kesihatan tu. Jadi, kita perlu beringat. Nak sihat, kena selalu maintain jaga kesihatan.

Macam mana?

Tadaa~

Amalkan cara hidup sihat. Macam mana tu? Senyum kambing dan ambil gambar macam kartun tu? Heh.

Mesti kita terfikir. Kalau nak betul-betul sihat... Kita kenalah bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari.. Dan dan..mesti makan sayur! Mesti makan sekilo buah..

Haih, tak larat!

Zaman sekarang ni kita banyak kejar masa. Bangun pagi berkejaran nak ke kelas, ke ofis.

Nak pi beli dan potong buah dah satu hal, malas. Buah kita tu pula pekebunnya tak sabar nak besarkan, gebukan, lilinkan. Daaah kena spray racun. 

Ayam yang kita makan kena inject sana sini.

Nak vitamin C kena makan oren 20 biji? Nak vitamin B-Complex kena makan 200 biji telur sehari?

Come on! Itulah 'modern problem'nya!


KITA tiada MASA untuk makan makanan sihat! Untuk beli banyak-banyak buah dan sayur organik. Untuk belanja hari-hari makan makanan yang benar-benar berkhasiat. 


Jadi, macam mana nak peroleh zat zat dari pemakanan yang sihat?

Maka dengan itu, tumbuhlah cendawan-cendawan 'supplement' di dunia ini bagi mencari 'modern solution' kepada masalah-masalah ini..

Hehe. Banyaaaaaaaak. Bukan satu je brand makanan tambahan ni. (Apa? Kau ingat ada Shaklee je?)

Macam baju, macam biskut. Bisnes maju, yang lain ikut. 
(Pssst.. Shaklee juga syarikat MLM pertama di dunia)


Begitulah.

So apekehe la link belog ini tulis perkataan Shaklee? Vitamin terbaik DI DUNIA??

Begini ceritanya. Anda suka makan ubat hospital tak? Adakalanya rasa nak 'lempang' je doktor bila asyik supply ubat yang menyebabkan kita makin sakit. Sudahlah ada pewarna dan side effect. Heh, sabar. Itu tugas doktor. Ada ubat yang benar-benar menyembuhkan, ada juga ubat yang hanya berkesan untuk jangka pendek tapi sebenarnya lebih memudaratkan di jangka masa panjang. Ada juga hanya untuk tahan sakit. Ya, memang ada yang boleh memudaratkan.

Sebab itu kita ada hak untuk memilih ubat-ubatan dari luar.

Bila kita sakit, kita perlu berikhtiar. Bila tak sakit pun, kita perlu cuba mencari jalan untuk memaintainkan kesihatan diri kita.

Tapi berhati-hati.

Ada kajian ke atas 3 jenis orang, seorang makan supplement macam-macam, sorang makan satu jenis supplement dan sorang tak makan apa-apa.

Kajian pernah mendapati orang yang makan supplement macam-macam lebih teruk tahap kesihatannya berbanding dengan orang yang tak makan apa-apa supplement.

Justeru, perlu kita membuat pilihan yang bijak. Jangan main geledah dan terkam.

Ok. Terus kepada topik.

Benarkah SHAKLEE merupakan vitamin terbaik di DUNIA?

Heh, kenal dulu baru tahu.

Sudah lebih 5 dekad Shaklee menerajui barangan dan produk kesihatan secara semulajadi yang terulung di dunia. (Haih, tipulah kalau anda tak pernah dengar Shaklee sebelum abad ke-21. Shaklee sudah lama. Arwah abah saya juga pernah jadi distributor sebelum berkahwin dengan umi. Orang tua kita sangat suka Shaklee dan tahu tentang keberkesanannya! Cetanya-tanya pakcik makcik kita, pernah dengar fasal Shaklee tak??)

Ok. Ada 3 benda yang anda perlu tahu tentang Shaklee. Iaitu apa perbezaan Shaklee dengan produk-produk lain?



Bagaimana ia dikatakan SELAMAT?

Hm, bagaimana pula dengan BERKESAN?



Pada masa ni, dah 100 jurnal penyelidikan saintifik diterbitkan oleh Shaklee. Pencapaian kelas dunia dari pengguna Shaklee macam pendakian pertama Amerika ke Gunung Everest oleh Mt. Everest tanpa oksigen tambahan pada 1983, penerbangan tanpa henti ke seluruh dunia oleh Voyager pada 1986, Shaklee juga menyediakan NASA dengan minuman rehidrasi khas untuk angkasawan ulang alik pada 1993+ dan banyak lagi!



MESRA ALAM?

Tu dia... Apa yang saya SUKA???


TAK ADA bahan-bahan yang diharamkanpewarnalemak trans dan pemanis tiruan atau perisa.
Pembungkusan/BOTOL adalah selamat dan bebas daripada biophenol toksin-phthalates dan dakwat toksik.

Sah, saya boleh jadi pengguna produk Shaklee tanpa was-was, sihat dan selamat insya Allah.

Ohoh, kawan saya BENCI supplement. Sorry to say, me too masa kecik-kecik dulu tak suka makan ubat. Tapi bila dah besar dan banyak baca tentang kesihatan, saya rasa tanggungjawab saya untuk mula makan vitamin, terutama untuk kesihatan saya, keluarga dan anak dalam kandungan (pergh, mengandung tak ghoyak! Hehe).

Saya YAKIN pilihan ini yang terbaik. Sebab saya percaya ........ SHAKLEE bukan setakat #1 di US, tapi juga merupakan VITAMIN TERBAIK DI MANA-MANA! Biiznillah.

Nanti saya cerita macam mana saya boleh tersesat dalam produk ni.

Apapun, setelah kamu berazam, bertawakkallah pada ALLAH!

Makan ubat, jangan lupa baca doa! ^^,)v

Wassalam.

No comments:

Post a Comment